the owner's :)
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

2011 vs 2012

Hello readers!




Ade beberapa minit je lagi before 2011 meninggalkan kita semua. 
So di kesempatan ni nad nak ask a million sorry dekat semua jika ada salah dan silap yang nad telah buat. 
*ayat skema gilaa kan. haha

Tahun 2011 telah banyak mengajar nad erti kehidupan.
Tahun 2011 telah banyak memberi nad suka dan duka.
Tahun 2011 telah menyedarkan nad siapa kawan siapa lawan.
Alhamdulillah nad telah menempuh 2011 dengan tabahnya. :)

Goodbye 2011. I will miss you. Terima Kasih untuk kenangan manis dan pahit. :')



Say hello to 2012.



Bila masuk tahun baru ni mesti ada azam baru kan.
So ape azam tahun baru korang ? Confirm korang semua semangat lebey kan. Hoho

Nad pun ade azam baru.
Nak jadi lebey baik dari before this.
Nak jadi anak yang baik.
Nak jadi kawan yang baik
Nak jadi isteri yang baik. 
*da kenapa tibe tibe masuk jadi isteri kann ? haha memang nak kene backhand dgn mama.

Mama mintak nad jadi lebey matang dari before this. Haha
I will try mama.
Al maklum la umur pun da meningkat ke 20 tahun. *sangat tak caya diri da besar. oh em jayyy

Hope 2012 memberi seribu pengalaman terhadap nad. 
Hope so :)

xoxo,
nad nazar.



Mid Sem Break.

Hello Readers.

Now mid sem break selame 10 days plus cuti Christmas and New Year.
Cuti kali ni nad tak aktif melepakkan diri bersame bff sebab sorang telah accident so kene banyak rest.
Tak boley drive. Jadi nad kehilangan driver and nad pulak kene jadi driver. aha so get well soon epul :)
And another one da fly pergi London for vacation. Lepak bertige pun hari tu tyme Christmas hantar si makcik Ara ni pergi KLIA.
Cepat balik babe ! nak sambut new year together. hee 

So, aktiviti nad cuti ni tiada sangat.
Jadi housewife yang terhormat selain dari jadi guru yang tidak bertauliah and tukang membalut buku sekolah adik adik. * itulah kakak mithali. muahaha
and aktiviti wajib nad membesar kan badan and tidur. yeah nikmat tidur di katil sendiri. Alhamdulillah :)
Semua movie dekat astro beyond nad da khatam. HBO, Star movie, Cartoon Network sume nad da tengok over and over again. * hidup orang tak dek life.

Cuma last friday di tahun ini, nad terlebey rajin pulak. Aktiviti pergi teman mama ke sekolah rendah.
Ade orientation standard 1 naufal. First tyme tengok die pakai baju sekolah memang geram. Sangat comel and baru realize yang adik nad da besar. Oh my baby. :')

*graduation day 2011. He grow up so fast.


Pergi sekolah rendah betul betul mengembalikan nostalgia nad kepada zaman persekolahan dulu.  
*da kenapa ayat sarkastik semacam ni ? aha
Betapa lama nya nad tak jejak kan kaki kat sekolah. Terasa rinduu sangat.
Teringat zaman zaman main bola jaring, zaman sukan, zaman practice show jadi model.
Yeah begitu cepat zaman berlalu. Tua da nad ni. *emo pulak da.
Alhamdulillah tengok cikgu cikgu yang mengajar nad masih ade lagi even da tua. 
Masih dipanjang kan umur and diberi peluang mengajar lagi.

Then seperti biase, balik rumah mata mengantuk tahap giga punya. Plan nak keluar tapi tk jadi.
Selamat kan mata dulu and tidur tahap tak ingat dunia. 
Tapi tidur yang nyenyak tak lama sebab tibe tibe mama kejut suruh bangun prepared for minum petang. Haha
Mama suruh masak jemput jemput ikan bilis sebab itu satu satu nya masakan yang nad reti masak.
And ayah pulak memuji masakan nad. *Bangga kejap. Hoho

Sebut pasal ayah ni, tibe tibe ayah tanya pasal hair color nad ni.
Ayah ni memang putus fius ke apa tibe tibe tanya nad color hair ke tidak.
Da begitu lame hair nad ni selamat di light brown kan baru sekarang nak tanya. Punya la berbuih mulut mama bercerita dengan die pasal nad and adik nad color hair now baru nak sedar.
Nasib baik ayah tak kene backhand dengan mama. haha *merapu tak ingat alam semesta nad ni.

Okay afta minum petang as usually, dance untuk kempis kan perut and tibe tibe terajin tahap giga sampai buat sit up 100 times. okay diulang SIT UP 100 times.

Motif nak mention ?

Haha nak bangga dengan pencapaian diri yang tak seberapa. 
Fuhh memang terasa nak pancit tapi gigih jugak coz nak dapat body yang hot kan lagi tough. 
aha  *kelas kau jahh !
Hee actually someone had inspired me. So thanks to him. :)

So, nak keep it up until dapat body yang sihat lagi gorgeous. Hope so.

*i want this :)


New Year lagi one day.Tak decide lagi ape ape event for new year. 
Selalu nye family buat bbq and tengok firework. This year dunno yet.
Can't wait counting for new year.


New Year, new life. :)
Hope life is much better than before.

xoxo
nad nazar.

Wednesday, December 28, 2011

Sunday, December 18, 2011

The Memory

Hello Readers.

Australia.

This place gives me a memory. Even tak pernah lagi mejejak kan kaki dekat negara kangaroo ni. Hee
Yes, aku masih ingat lagi memory yang mengaitkan diri aku dan dia dengan negara ini.

Hari ni, banyak perkara telah mengingat kan aku tentang kenangan lama.
Aku tak pasti untuk apa air mata aku mengalir malam ni.
Mungkin gembira, mungkin bahagia dan mungkin juga sedih.

Aku doa kan kita same same happy dengan life kita sekarang.
Times flies, memory stay. :)

xoxo,
nadnazar

Wednesday, December 14, 2011

Party.

Hello readers!

Tuesday 13 December 2011.

Okay memandangkan dat day tak dek kelas and kiteorang sangat free so lets have a party. Hoho
Actually birthday party kawan nad, Shazrina and Aira.
Sorang 11 Dec and sorang lagi 17 Dec.
So celebrate due orang sekali gus. Jimat bajet. hee

Menu party adalah mee hun, moist chocolate cake and orange juice plus junk food.
Kenyang gilaaa. Alhamdulillah :)
Credit to kak Tim sebab masak mee hun. hee





 *Meet my party ppl 


 * our birthday girls

 *mascots party




 *suap menyuap birthday girls




 *with tetamu undangan. meet aja :)







*with fina tajima. haha her first trial wearing shawl.

*kami 




p/s : Happy Belated Birthday Shaz and Happy advance Birthday Aira ! :)
       Congrates to my party ppl coz berjaya buat surprise party. hee
Love you guys. 

xoxo : nad nazar

Wednesday, December 7, 2011

#Wordless Wednesday (1)


xoxo : nadnazar

Masih menjaja cerita ?

Dear Super Fake Person.

Aku masih lagi tak mengerti dengan kau. Oh aku ingat kan kau benar benar da muhasabah diri selepas perjumpaan terakhir kita.
Ternyata kau masih orang yang sama. Menjaja cerita murahan, berlaku jujur dengan orang tapi dalam masa yang sama masih memburuk kan orang lain.

Kau pernah rasa tak betapa sakitnya kena fitnah ? Kenapa perangai kau super shit and vavi ?
Aku da tak tertahan dengan perbuatan kau. Tidak serik ke kau dengan sume ni ?
Aku boley jadi sebaik baik orang dan boley jadi sejahat jahat orang.
Sekarang aku sudah jadi sejahat jahat manusia tetapi tidak sejahat kau. *senyum sinis 

Aku tidak pernah jumpa orang seperti kau.
Lebih teruk dari segala makhluk di dunia ni.
Sudah sudah lah dengan lakonan kau.
Kenapa perlu libat kan semua orang ?
Kau tidak tahu kau bermain dengan siapa.
Jangan bermain dengan api kelak kau akan terbakar.

Aku dan yang lain akan sentiasa berdoa supaya kau berubah.
Karma itu menyakitkan.
Lambat laun kau akan terima balasan juga.
Lambat laun akan terbukti juga kebenaran.
Seperti aku yang pernah termakan kata kata kau.

Terima kasih untuk segala kutukan kau.
Allah itu Maha Adil.
Karma itu wujud.
Semoga kau bahagia dengan melihat kehidupan orang lain hancur. :)


love : nadnazarudin.

Tuesday, December 6, 2011

This is for you :)

Hello Dear.

Today is your birthday kan? Saya tak ade hadiah nak bagi awak. Jadi ini je saya mampu buat untuk birthday awak.
Btw, this is my second entry wish birthday awak :)

Awak, Happy Sweet 19!
Semoga awak panjang umur.
May God bless you.
Saya sentiase ingat awak sampai bila bila.

Take a very good care yourself.
Saya sentiase ada disini untuk awak.
Andai awak bace entry ni, saya nak awak tahu yang saya tak pernah lupekan birthday awak.

Terima kasih untuk semua nya.
Kali ni saya bagi cake yang lain sikit dr birthday awk tahun lepas. hee



*nah this cake is special for you. hee credit to pakcik google.


xoxo: nadnazarudin (:


Saturday, December 3, 2011

I thought you changed

Aku ingat kan kau sudah berubah tapi masih lagi mencanangkan cerita sana sini.
Im wondering menagapa kau masih mencanangkan cerita yang kian basi dan aku sangat bosan untuk membahaskannya.

Sudah lah, aku penat nak berbicara tentang hal ni.
Yes aku admit kite tak boley nak menghalang orang sekeliling dari bertanya apa terjadi antara kita.
Tapi cukuplah sekadar memberi jawapan yang ringkas tanpa bercerite panjang lebar.


Menipu lah if aku cakap aku tidak merindui kau. Aku tak teringat kenangan kita tapi maaf.
Hati aku ni tidak terbukak untuk menjalinkan lagi apa apa hubungan dengan kau.
Kau meratapi nasib dan hukuman kau kali ini dengan sedih dan ade orang bersimpati dengan kesedihan dan kesunyian kau.
Tapi ade kau fikir tatkala kau meletak kan 'hukuman' ke atas aku dan effect yang aku rase?
Pernah kau terfikir ke wahai manusia ?
Kau sesedap rase menikmati segala kelancangan mulut kau tanpa berfikir kesan nya pada diri aku.

Pernah kau terfikir kenapa kau terime hukuman ini apabila kau berlaku jujur dengan aku?
Pernah kau terfikir sejauh mana kejujuran kau pada aku ?
Aku tidak pernah mahu mengahakimi kau jika kau memang sebetul betul nya jujur dengan aku.
Aku juga ada hati dan perasaan

Yes, aku sayang kau. Kita ibarat adik beradik disini.
Dikurniakan kawan kawan yang baik. Tidak kah kau bersyukur ?

Sekarang kau da kehilangan semua yang kau sayang.
Puas kah kau hidup dengan cara begini ?

Aku ingat kau akan berubah tapi malangnya.
Tapi tidak.
So pathetic.

Kini, aku bahagia.
Aku baru sedar aku tidak perlukan kawan macam kau. Yang hipokrit.

Aku cuma ingin mengucapkan terima kasih atas persahabatan yang kau hulurkan
dan terima kasih atas kesakitan yang kau berikan.
Thank you so much.

Aku lebih gembira tanpa kau disisi aku.

xoxo,
nadnazarudin

Thursday, December 1, 2011

December :)

Hello readers !

Welcome dearest DECEMBER !


Hope this month is much much better than other months.
Wishing i have a great joy and life. 
:)

p/s : nak tengok ombak rindu. hee


xoxo,
nadnazar (: