the owner's :)
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 28, 2011

mood mengupdate kini kembali stories time!

assalamualikum dear readers.


fuhh da berhabuk da blog nad ni akibat sudah lame sgt tak update. sudah berapa bulan kan tak ce cte kt blog ni. but tonyte semangat mengupdate kembali membuak-buak. hee so jum dgr nad membebel sepuas-puas nye.


--------------------------------------------------------------------------

Story 1 : Bitrhday Mela Nurgantini :) 18th march 2011

story bermule disini, bile kami bertujuh plan nak celebrate birthday mela. then timbul satu idea dr cik Deyla Superb kite buat bithday mela kt MCD RAWANG. hee okay plan pun dirancang dgn baiknye.

malam tu, dalam pkul 11 kiteorg plan nak pergi. alasan kiteorg nak keluar malam tu ialah : group mela, iqbal atie and shahril kene buat movie for ICT coz esok nk hantar. and lokasi buat assignment di bilik 24 hours di library.  hee so tugas memujuk mela utk peg diserahkan pada atie gemuk. haha itu pun atie takut-takut coz mela kate da lewat and die mcm marah. but berjaye jgk atie memujuk. and mlm tu jgk nad ikut dieorg dgn alasan bahawa nad nak siapkn muvie group nad . 

tapi berlaku beberapa perkare yang membuatkan plan kami hampir kantoi. perkara-perkara tersebut ialah :- *ayat tak boley nk skema lg ke? haha

1) roomate pyscho deyla TERtertanye deyla dalam lif yang deyla tak pergi mcd rawang ke. padahal dlm tu mela pun ade kan. nasib baik die buat tak tahu je. hee

2) tyme nad and fina trun lif mela da ade terconggok depan tu. fina cepat cepat pergi menyorok tp tak sempat. mela still nampak. and saat nad dtg kt mela, mela pndg nad dr atas ke bwh mcm pelik. haha dress up mcm nk pergi kl bak kate fina. hee kene over la kn. haha then mela tnye 'eyh fina tak ikut kite ke nad? tadi mela nmpak die trun lif." so nad dgn bijak nye menjawab 'ermm fina die nak pergi kt cousin die. cousin die dtg." haha nampak benor menipu nye coz mane ade cousin fina dtg mlm2 bute kn. tak pek tipu sunat. hee

3) si atie memakai jeans and selendang malam tu. padahal selame ni atie pkai tudung biase and seluar track je nk pergi bilik 24 hours. so word yang keluar dr mulut mela bila nampak atie ialah "eyh atie pakai selendang?"

so perjalanan diteruskan. nad, mela, atie naik kereta dgn kak aisyah and iqbal. fina, mela deyla and annur naik kereta dgn shahril. hee mlm tu kiteorg bg alsan kt mela yg shahril tak ikut coz ade hal. kami pergi asing-asing. tetibe dalam perjalanan iqbal melencong dr arah tujuan. and mela pun bertanye pada nad 'kite nak pergi mane?' nad jawab 'ntah la mela. mela tido jela." haha nad dgn atie buat muke tak tahu je. suddenly phone iqbal berbunyi. konon2 nye kwn iqbal ade terlibat dgn accident kt tgh jalan. so dgn lajunye iqbal memecut. padahal nad boley dgr suare deyla kt phone tu. haha so nad bertige kt belakang duduk diam je sambil melayan perasaan. atie gemuk da lame da collapse. ngantuk sgt ye. haha then dalam perjalan tu byk sgt kejadian yang melucukan. contoh-contoh nye :-

1) iqbal call deyla and tetibe ade kereta merah pecut iqbal dgn laju. iqbal ckp pun ckp jgn bwk laju. aku kt belakang kau ni. so bile kereta tu memecut lg die buat-buat mrh an. tak bley bla. pdhl kereta tu ntah sape sape ntah. haha 

2)  kereta yg kami naik bersebelahan dgn kereta shahril bwk. and kereta tu betul2 sebelah mela. haha nad puas la berdoa supaye mela tak persan tu kereta dieorg. haha deyla dlm kereta tu puas menyorokkan diri and terpakse menolak kepale fina. haha sgtt kelakar.

3) nak dekat dekat sampai tu tetibe mela pegang seluar atie. tyme tu atie tgh sedap tido. the mela kate " atie pkai seluar jean ke ? nape pakai seluar jean?" haha tyme tu nad nk gelak sgt. tp tahan je.

setelah bbrp lame memcut finally kiteprg pun hmpr sampai. nad pun kejut si atie gemuk yg asyik tido je. haha then tibe tibe iqbal tnye :

iqbal : cube tengok kiri ade tak kereta merah tu?
kami : tak dek.
iqbal : kanan plak?
kami : tak dek. 
iqbal : tengok belakang ade tak kereta kancil hijau? *kanak-kanak riang yg lain naik kete tu.
nad & atie : ade! *dgn penuh semangat
iqbal : hari ni hari ape? *sambil kereta memasuki mcd.
nad & atie : BIRTHDAY MELA! HAPPY BIRTHDAY MELA! 

haha so mela pun terharu and shock. haha die marah coz tak sruh die dress up lawa2. so kiteorg smpai lepak mcd smpai kul 2. then paln peg kl cz nk snap2 pic. tp plan tk mejadi. sumthing happen so kami terpakse balik. tapi sempat pergi kl hanye untuk :

1) isi minyak kereta 
2) membuang air kecil masing-masing

then kami pulang ke tanjung malim begitu sahaja. pkul 6 br dpt masuk dlm kolej. so kami merayap2 malam tu. hope mela suke suprise tu. hee sgt best that moment. love it :) jum tgk pictures birthday girl.


*birhday girl :)










p.s : terpakse membuat blog deyla superb and luvlifebuddies sebagai rujukan story ni coz nad ingt ingt lupe. hee 


--------------------------------------------------------------

Story 2 : choral speaking 24 march 2011. terpakse and rela.


okay part ni paling banci. coz kami sebagai english student WAJIB  menyertai choral speaking anjuran english club oleh TESL student. so dgn assignment berlambak-lambak kiteorg pun tak dek mase nak practice sume kami pun buat relax je tak nak join. tetibe dapat news bahawa leader english club Dr. Hasimah yang sgt sgt kerek tu mengamuk and pissed off coz kiteorg tak nak join. kiteorg akan dapat hukuman BANNED dr english club if tak masuk. dengan terpakse nye nk selamat kan budak DIE kiteorg pun masuk. guess what? kiteorg practice one night je! tu pun brp hour je. gyle kan! haha tapi alhamdulillah kami buat yang termampu. even kene bwk masuk skrip! haha kelakar. cik deyla superb kite menjadi conductor! haha sgt comel. ape pun im proud with DIE student. sanggup bg kerjasama even terpakse. good job guys! even tak menang kite still the best! hee WE DIE WE ROCK YAWW !  :) i proud to be part if it. 
jum tengok video kami choral. *telengkan kepale anda. haha coz video ni tak dirotate. hee

title : 'TEACHERS'




----------------------------------------------------------

Story 3 : Show di D'Palma Hotel, KL 2nd April 2011.

bace title kt atas tu macam besar sgt kan show tu. haha padahal event untuk sume staff and JMK sume kolej-kolej UPSI. so nad kene buat persembahan sebagai wakil dancer kolej KHAR. kiteorg bertolak dr tnjung malim ptg tu dgn bus. and smpai pun one hour later. padahal keje and assignment berlambak. dengan esok nye hari isnin kiteorg kene present aerobic for assignment. gyler! dlm bus pun nad dgn mela still buat keje. gyler tension. then da sampai tu kene check in hotel room coz kami nak siap siap sume. step menari ingt ingt lupe je. main hentam je menari ats stage tu. haha that nyte jgk jumpe abg hensem. auww hensem ke? haha *jgn menggatal. hee then malam tu jgn nad dpt lucky number iaitu 137! dapat hamper besar. hee best. kenangan sume tu. now rindu nak menari lg. hee next sem plak la. :) nahh nad bagi pic kt korg tgk. 







----------------------------------------------------------------

Story 4 : Aerobic for assignment 3 April 2011

okay aerobic tyme. each group kene present and 20 marks akan diberi. ini untuk subject kokurukulum. macam nak gyler nad mengajar group members nad menari. and nak cari step lagi. at last dapat la jmpe step. reka je. and redha je coz practice step baru a night before. haha nasib baik nad pernah ade masuk dance aerobic tyme form 4 for merdeka days. haha nad still ade lagu die and nad gune kan tu ! haha kiteorg 4 lagu. macam nak mati menari. sgt aktif! haha tapi lagi 2 dance tu agak kelam kabut skit. hee isyhh sume group mcm tu but at last kiteorg buat dgn jaya nya . haha nad lead and nad menari ikut suke je. ape yang terlintas kt fikiran. haha kelakar tp best. i like :) rindu nk beraerobic lagi dgn dieorg sume. hee sorry tak boley upload vidoe aerobic coz ade prob. 




-------------------------------------------------------------------------------------------------

Story 5 : Krisis Rumah Sewa


gara-gara sume tak dapat kolej huru-hara jadi nye. isyh nape kejam sgt. kami yg aktif ni pun tk dpt duduk kolej? sadis nye. tapi luckily nad dapat jumpe pengetua kolej tyme menari malam tu di kl. so nad and mela dapat duduk di kolej akibat kami mengadu knp dancer tak dapat duduk kolej. now tengah dalam dilema mencari rumah sewa. atie, deyla mela sume semangat mencari rumah sewa. tapi sumthing happen between us. ade antare kami yang tak serasi pasal rumah sewa and macam-macam hal lagi. kini sume nye berubah gara-gara tu. nad hanya mampu berdoa korg baik mcm dlu. tak baik kite adik-beradik bergado. nad tak nak campur tapi nad mmg emo bab ni. sgt sdey tgk keadaan mcm ni. tapi tak pek la. now, sume da dapat duduk kolej. harap friendship kekal until the day we die. 




*i heart them  ♥♥


--------------------------------------------------------------



Story 6 : KAKI TERSELIUH A DAY BEFORE EXAM 15 april 2011

GREAT! yeah that word mampu nad katekan apabila ini terjadi. dengan esok nak exam boley plak kaki nad berdetak terseliuh kan. sakit nye hanya allah yang tahu. mmg dugaan. dgn nak exam tibe tibe kaki buat hal kan. grr geram je. al kisah nye bermule begini.

pagi nad nak bagun dr tido tu kt rumah atie, kaki terseliuh and berbunyi sgt kuat. mule mule atie and nad gelak la. then lame lame rase sgt sakit. mmg nak nngs je rase. atie plak pergi picit kaki nad. afta that, nad boley lagi jalan jalan jauh pergi beli lunch sume. tyme tu tak terase lagi sakit. tapi jalan da tak betul. bukan lagi catwalk. haha atie mokk pun pakse nad beli ais bagi hilang kan kasakitan. nad pun balik merendam kaki di dalam baldi. tyme masuk kaki dalam ais tu bisa nya fuhh. mmg tak terkate. menjerit satu block tu dgr. sakit nye. fina cume mampu sabar kan je. and die mrh jgn byk bergerak. isyh dijage oleh nurse yang garang. haha 

konon-konon nye nak jadi independent girl coz tak nak bagi tahu mama. tp mlm tu bile mama call terus meraung. haha then mama pun kate mama akn try dtg esok afta exam. bile exam, nad terpakse jalan mcm org tempang jap. sian kan? mengalami nasib yang same mcm iqbal. haha tapi redha. tyme jwb exam kaki berdenyut denyut tapi tahan jela.

then ptg tu, mama, kakak and abg ipar nad dtg. afta dinner sume. abg ipar nad tolong ubatkan kaki nad. bagi hilang bengkak. alhamdulillah. since dr tu nad punye kaki beransur pulih. kene letak koyok setiap hari yang mama bekal kan tu. 

now, kaki da okay but still sakit sikit sikit. bley  jalan catwalk semule :p

---------------------------------------------------------

Story 7 : Pulut Durian di rumah INA 19 april 2001


cehh mentang-mentang exam ade gap 2 days an kiteorg ambik peluang ni masak pulut durian. err nad masak ke? semestinye tidak! haha nad tolong makan je. kwn-kwn nad yang lain yang masak. sebelum tu nak tanye, korg pernah makan ke pulut durian? nad seriously tak pernah makan. ni first tyme mkn. so belajar makan bende baru. hee agak pelik tp sedap jugak la. selalu nye nad makan dengan roti je bubur durian mama masak. tp now kwn kwn nad ajar makan dgn pulut and santan. tengok ina makan macam makan dengan nasi. haha ape ape apun sedapp and thnx korg. nyum nym korg lulus jadi isteri org coz pandai masak. haha nad? err blum lagi. :p

*ni la pulut durian.




----------------------------------------------------------------


Story 8 : Farewell Party Theater Rase Syg Hey 22nd april 2011


okay since budak budak teater menang dapat duit so kami pun merancang pelbagai aktiviti tp tak mejadi. so akhirnya buat di bilik gapura dkt kolej saja. hee so nad and kwn nad di suruh untuk merancang kejutan utk budak2 teater yg lain. yeah hanye kami berempat dan dibantu oleh pengarah iaitu abg Akilul Nazar Arbain & juge abg Jidih Muluyu. hee kami membeli brg dan menghias bilik gapura menjadi hotel. *hotel ke? haha so dalam mase sehari kami membuat persiapan.

even keesokan tu nad ade 2 paper tapi still sempat enjoy. hee my syg annur larra merupakan mastermind sume ni selain dr kak shuhada and abu hassan. so nad pun tolong ape yang mampu. hee so jum tgk our pictures . :D

*kad for pengarah kami abg akil tersyg 

*with deyla 

* :) 

*with shahril mars. haha ♥♥

*my syg annur ♥♥

*miss malacca . haha meet abg lokman 

*meet abang akil di tgh and di belakang abu. 

*with scandal yang tak brp nak scandal. haha abg jidih muluyu 




*form abg akil :)

*from abg jidih


----------------------------------------------------------------------------


Story 9 : first 19th Birthday Present ♥♥

date 23 april 2011 ni nad tgh berjuang dgn paper yang sgt meletih kan otak dan fikiran iaitu WRITING SKILLS & HUBUNGAN ETNIK (ULE) hee. pagi nad exam writing. so afta selesai menjawab paper writing nad terus membuat revision utk ule. ade mase lagi coz ule start pukul 2.30 petang. tgh tgh membaca bersame atie, deyla and fina datang la seseorang ni. die duk mengacau kiteorg stdy. isyhh die kate jgn bace sume. menganggu konsentrasi betul. then tgh borak2 die ajak nad pergi teman die kat kete die. memakse plak tu! geram je. nad tak nk je. then die bg alasan nak ambik nota. okay finally nad pun ikut jela die sambil bwk nota ule. hee then tetibe die panggil 'nad, sini la!' okay nad dtg.

secare tibe tibe die kate 'nah! hadiah harijadi' sambil buat muke yang tak brp nak comel die tu.  haha nad mmg terkejut than tanpe mengucapkan terime kasih nad terus menghafal balik ule. haha begitu begok nye. yela, die bagi timing tak kene. tgh org stress stres membace bley plak nak bagi present kn .katenye, die nak bagi awal awal coz nnty tak jumpe da. haha sgt sweet disitu ye. then afta habis exam die belanje nad makan di kfc. 

so disini nad nak ucap kan thanx kepada si die. sgt sgt menghargai ape yang die buat. die mmg 'abg' terbaik. hee :) ♥♥♥♥

*this is a lovely present from him. 

*abdul hafiz iqbal :)


---------------------------------------------------------

Story 10 : TAMAT SUDAH SEM 2 YANG 'KICK'!


thank god! berakhir sudah penderitaan sem 2 yang sgt kick ni. tak pernah alami mcm ni. haha dgn exam 8 paper mcm buat degree. student degree pun tak mcm ni! gyler upsi ni seksa DIE student. tapi tak pek! kami 35 orang sgt kuat menghadapi. haha dtg la ape pun assignment sume jadi zombie tak tido siapkan e-poster, muvee, thesis. kiteorg punye assignment kene reject 2 kali. kiteorg kene buat assignment mcm buat thesis budak PHD. korg ade macam tu? ni la kelebihan budak DIE. *cehh bangge disitu ye. haha 

imagine, subject wajib universiti sem ni kiteorg ambik 4! gyler kan. kokurikulum, bahasa inggeris, hubungan etnik and titas! grr gyler la. afta ni kami jadi budak yang sgt BERTAMADUN dan mengamalkan asimilasi secara terancang. hahah and kiteorg faced 27 assignment! ce kire betul ke tak? betul kn? dgn aerobic lagi. rabak mate derr tak tido. haha zombie zomba da. 

memang sesuai sgt dgn trademark kiteorg WE DIE WE ROCK ni. mmg kami mati menghadapi saat saat kritikal. but i know, kiteorg sume mampu! hehe so tgk sem depan kick tak mcm ni. so now, tnggu result jela mcm mane kan. mintk mintk okay la kan.

p/s : dear die student, korg kwn terbaik and rock! hope friendship kite sume akn kekal until sem 6. happy holidays guys. jumpe next sem. :D ♥♥♥♥

*DIE student sem 2 

 
--------------------------------------------------------------

Story 11 : byebye tanjung malim and BELOVED roomate :')



okay lihat pic diatas. meet kak nadia amani roomate nad selame 2 sem. kami da serasi. byk kenangan nad dgn die. hee akk ni la roomate paling best. memahami dan caring :) sgt sdey tak dpt jumpe die before balik semalam. coz die balik rumah die and nad pulak da ade kt bus utk pulang. hee tp tak pek kak. nnty kite jumpe eyh kt kampus.

to kak nadia : thnx jadi roomate sy yang terbaik. syg akk byk byk. muahh tak lupe jgk pada kak ayu and ika. hee ♥♥

*emo jap bace status kak nadia ni. hee


kl im back !


*begini la saya ketike balik kl. hee



yeah semalam right afta exam nad terus pulang ke kl. hee actually rancang nad balik hari rabu but deyla ajak menemani die. so dis dem pecah rekod nad balik sendiri tanpa dijemput! haha so credit to deyla, shazrina, atie and fina yang tolong kemas kan brg nad. emo nak berpisah dgn mereka. tapi tak pek 1 month je. hee

imagine nad terpakse membawa laguage besar, bunge and beg pack balik with wearing baju kebaye, haha bgss kn? nk cepat sgt smpai tk sempat nk tukar baju. sgt penat. balik je exm terus angkut brg letak kt kedai abg BOTAK depan kolej. haha dengan bantuan syamil, iqbal, shahril, adi and safwan. thnx guys :)


so di dlm lrt org ingt nad da konvo cz bwk bunge. haha pdhl br sem 2. isyh. and now im home! br td melayn feel cerite hindustan dgn mama and tgk Hikayat Merong Mahawangsa dgn naufal. sgt emo and feel. cuti ni, azam nak belajr masak tp br 1st day balik da bgn pkul 12. mcm mane? haha tak pek. ade lg mase. hee


so da pnt nad menaip. rase nak tercabut tgn. haha pnjg kn entry ni? cerite sepanjang sem mmg la. haha so enjoy reading my story. byebye.


with smile : nad nazarudin (: